Sindiket lesen terbang salah guna gambar PM - Utusan Malaysia

 Sindiket lesen terbang salah guna gambar PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sindiket ‘lesen terbang’ semakin berani apabila dikesan menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam iklan mereka bagi mempengaruhi orang ramai.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan palsu berkenaan selepas ia tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, iklan bertajuk ‘Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan’ itu dikatakan menyalahgunakan gambar Perdana Menteri.

“Bagi meyakinkan orang ramai, sindiket turut meletakkan pautan pendaftaran https://www.motif.my/bantuan-lesen/ dan turut dipelawa menyertai ‘group whatsapp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa,” katanya.

JPJ berkata, pihaknya memandang serius sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan segera bagi mengesan dalangnya.

“Kami juga akan membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh, serta menghubungi pejabat JPJ berdekatan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat dan sahih,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya