Selangor sudah bersedia 80 peratus hadapi kemungkinan

Selangor sudah bersedia 80 peratus hadapi kemungkinan berlakunya banjir

AMIRUDIN Shari (empat dari kiri) sedang mendengar penjelasan daripada seorang pegawai agensi kerajaan berhubung persiapan menghadapi banjir oleh agensinya di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sudah bersedia 80 peratus bagi menghadapi kebarangkalian terjadinya banjir, susulan berlakunya Monsun Timur Laut pada bulan November ini. 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mengambil iktibar daripada bah yang berlaku di beberapa kawasan di negeri itu pada tahun lalu. 

“Kerajaan negeri mengeluarkan surat arahan kepada semua agensi Persekutuan dan negeri ini supaya bersiap siaga mulai sekarang (sekiranya banjir terjadi). 

“Kita nak elak nyawa terkorban seperti banjir lalu yang mana ada lima orang terkorban dalam peristiwa itu,” katanya selepas menghadiri program Latihan Amal dan Simulasi Menghadapi Bencana Banjir Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai kawasan panas banjir. 

Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri mempersiapkan dana berjumlah RM5 juta untuk digunakan sekiranya banjir berlaku. 

Menjelaskan pecahan dana itu, sebanyak RM4 juta disumbangkan oleh orang ramai melalui tabung bagi bantuan Covid-19 pada tahun lalu dan RM1 juta pula adalah peruntukan kerajaan negeri sendiri. 

“Dijangka 15,972 petugas daripada 67 agensi kerajaan pusat dan negeri akan bertugas sekiranya banjir besar berlaku. 

“Saya harap operasi menyelamat dapat berjalan lancar dengan segala persiapan yang telah dibuat semua agensi ini,” ujarnya.

Dalam perkara berbeza, kerajaan negeri telah 8,543 unit khemah (cubicle tent) daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor yang bakal digunakan sekiranya berlaku bencana itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.