Pulau Pinang gesa pihak berkuasa berkaitan selesaikan isu banjir

Pulau Pinang gesa pihak berkuasa berkaitan selesaikan isu banjir kilat di LTAPP

KEADAAN banjir kilat yang melanda LTAPP di Bayan Lepas, Pulau Pinang ekoran hujan lebat dan berterusan selama beberapa jam awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap pihak berkuasa berkaitan dapat mencari jalan penyelesaian jangka panjang dalam mengatasi masalah banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAAPP), Bayan Lepas di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, pihak berkuasa seperti Malaysia Airports Holdings; Jabatan Kerja Raya (JKR); Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) perlu berbincang dan bekerjasama dalam mencari penyelesaian kepada masalah terbabit.

Menurut beliau, pihaknya bekerja keras untuk membawa lebih banyak program dan acara bertaraf dunia untuk dianjurkan di Pulau Pinang selain penerbangan langsung antarabangsa ke LTAPP.

“Kejadian banjir kilat ini sudah semestinya menjejaskan usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan negeri ini dan mencalar imej Pulau Pinang.

“Namun, tidak kira apa dan sebagaimana sukar sekali pun, saya akan meneruskan usaha mempromosikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di rantau Asean,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya hari ini.

Kejadian banjir kilat sering dilaporkan berlaku di LTAPP sebelum ini setiap kali hujan lebat dan berterusan, namun sehingga kini masih gagal ditangani dengan berkesan serta menyeluruh.

Selain di LTAPP, hujan lebat dan berterusan selama beberapa jam sejak awal pagi tadi turut menyebabkan beberapa kawasan khususnya di Bayan Lepas dan Bayan Baru dilanda banjir kilat.

Beberapa buah rumah penduduk dan jalan-jalan utama di kawasan itu turut dilaporkan dinaiki air sehingga ke paras buku lali namun situasi banjir mula surut bermula pukul 11 pagi dan tiada penduduk dilaporkan dipindahkan ke penempatan sementara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya