Polis tahan seorang lelaki bagi siasat kes culik, bunuh wanita -

Polis tahan seorang lelaki bagi siasat kes culik, bunuh wanita

AHMAD DZAFFIR MOHD. YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis berjaya menahan seorang lelaki di Ampang, Selangor bagi tujuan siasatan lanjut berhubung kes culik dan bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam gaung di Hulu Langat, Selangor, 27 September lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, pada 26 September lalu, pada pukul 6.30 petang, pihaknya menerima laporan berkenaan seorang wanita berusia 27 tahun diculik di kawasan Broga, Lenggeng di sini.

Jelasnya, sehari sebelum itu, pihak polis dimaklumkan, pengadu telah menerima mesej WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan.

“Bertindak dari laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan operasi khas mengesan dan mencari mangsa.

“Namun pada 27 September lalu, lebih kurang pukul 3.30 petang, pihak Balai Polis Batu 14, Hulu Langat telah menerima panggilan telefon dari orang awam yang menjumpai satu mayat di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat.

“Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mayat berkenaan disahkan mangsa dalam kes yang sedang disiasat. Ia berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersama mayat serta pengecaman oleh ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, berikutan penahanan lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan bekerja di sebuah swasta itu, pihak polis percaya berjaya menyelesaikan kes berkenaan.

“Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961 dan telah diluluskan selama 15 hari bermula 28 September sehingga 12 Oktober 2022 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, mangsa dipercayai mengenali suspek secara dalam talian sejak tiga bulan lalu.

“Pada pertemuan pertama, suspek lelaki meminta untuk meminjam wang daripada mangsa.

“Namun, mangsa enggan memberi pinjam wang dan mahu membunuh mangsa dengan melarikannya dalam insiden penculikan itu,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian meminta tebusan wang daripada keluarga mangsa dengan mendakwa wanita itu berada dengannnya sebelum mayat mangsa ditemui dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat di Selangor. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.