Pembantu tadbir didakwa minta projek buat syarikat anak - Utusan Malaysia

Pembantu tadbir didakwa minta projek buat syarikat anak

MOHD. ZULKRNINAbdul Rashid, 49, ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas lima pertuduhan mendapatkan suapan bagi membolehkan syarikat milik anaknya dipilih sebagai pembekal perkhidmatan dan beberapa barangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pembantu tadbir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mendapatkan suapan bagi membolehkan syarikat milik anaknya dipilih sebagai pembekal perkhidmatan dan beberapa barangan dua tahun lalu.

Mohd. Zulkrnin Abdul Rashid, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zulkrnin didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pembantu tadbir gred N22 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai untuk mengesyorkan syarikat anak sulungnya, Salam Rizqi Maju Enterprise melalui lima nota dengan projek semuanya bernilai RM8,890.

Antaranya adalah perkhidmatan mengambil dan menghantar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubok ke ILP Arumugam Pillai bernilai RM550.

Selain itu, tertuduh turut didakwa mengesyorkan syarikat sama bagi kerja pembekalan poster Covid-19 untuk kegunaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan peralatan pencegahan dan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19 di ILP Arumugam Pillai yang masing-masing bernilai RM950 dan RM4,790.

Makanan

Mohd. Zulkrnin dituduh menggunakan kedudukannya bagi membolehkan syarikat itu membekalkan perkhidmatan makanan dan minuman bernilai RM600 serta membekalkan jata negara dan pemasangan cermin gelap kenderaan berjumlah RM2,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di ILP Arumugam Pillai bermula Februari sehingga Julai 2020 dan didakwa mengikut Seksyen 23(1)) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Ray,  Mohamad Azlan Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Mohd. Zulkrnin yang juga bapa kepada tiga anak merayu jaminan dikurangkan berikutan hanya memperolehi gaji bulanan sebanyak RM1,200 selain kini dalam proses perceraian.

Zulhazmi kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 beserta seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah sehingga kes selesai, perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan dan tidak dibenarkan mengganggu saksi kes.

Kes akan disebut semula pada 21 Oktober ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.