“Syukur alhamdulillah sampai ke mahkamah ini, saya harap,

Pelbagai fitnah tidak berhenti, saya tanggung seorang diri-Ebit Lew

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew berasa lega kerana kes tuduhan terhadapnya dibawa ke mahkamah setelah setahun menanti.

Beliau memberitahu, pelbagai fitnah tidak berhenti dilemparkan terhadapnya dan beliau terpaksa menanggungnya seorang diri.

“Syukur alhamdulillah sampai ke mahkamah ini, saya harap, mudah-mudahan dapat tahu kebenaran. Saya bersyukur akhirnya (kes ini) sudah sampai ke mahkamah.

“Mahkamah adalah tempat yang paling tak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti, kalau tak ada bukti, pasti akan ditolak.

“Ikut hati, saya ada rasa sedih juga sebab kena menanti lagi. Kalau boleh saya nak teruskan esok sampai habis tapi, bukan saya menentukan.

“Peguam kami tadi Ram Singh dan lain-lain minta awal, minta tarikh paling awal iaitu November tapi, pendakwa raya tak dapat pada tarikh itu sebab tarikh mereka sudah penuh sebab pendakwa raya pun dari Putrajaya juga.

“Jadi, kami sama-sama setuju adakan pada Disember,” katanya selepas menghadiri sesi perbicaraan tuduhan gangguan seksual di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurutnya, jika boleh, beliau mahu menyambung perbicaraan ini esok kerana sudah menanti selama setahun.

Bagaimanapun, mahkamah telah memutuskan perbicaraan bersambung Disember jadi, kena tunggu sehingga November.

Maka, beliau akan meneruskan kerja-kerja dakwah lain kerana itulah rutin kehidupannya.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya