Pelayan restoran raba pelajar tingkatan satu berdepan penjara 20

Pelayan restoran raba pelajar tingkatan satu berdepan penjara 20 tahun

SUNIL Kumar diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pelayan restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, minggu lalu. 

Tertuduh, Sunil Kumar, 35, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba punggung seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun berkenaan. 

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang di The Shore Residences, Jalan Persisiran Bunga Raya dalam daerah Melaka Tengah pada 12 September 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh yang merupakan warga India boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari tidak menawarkan sebarang jaminan, manakala tertuduh yang diwakili peguam Pang Wan Si merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM1,500 sebulan. 

Mahkamah kemudian menolak rayuan tersebut dengan mengambil kira permit kerja tertuduh telah tamat pada 18 September lalu dan perlu mengemukakan bukti telah memperbaharui permit kerja dikeluarkan Jabatan Imigresen.

Pihak pembelaan turut diarahkan mengemukakan rekod pergerakan keluar masuk tertuduh, selain status permohonan lanjutan kerja perlu dikemukakan dalam tempoh dua minggu.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober ini sebagai sebutan semula kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.