MBSA nafi Datuk Bandar ditahan SPRM - Utusan Malaysia

MBSA nafi Datuk Bandar ditahan SPRM

ZAMANI Ahmad Mansor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tender projek tebatan banjir.

Menurut kenyataan pihak MBSA tersebut, pihaknya menafikan beliau dibebaskan dengan jaminan RM50,000 oleh seorang penjamin.

“Untuk makluman Datuk Bandar Shah Alam hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada petang Rabu lalu.

“Datuk Bandar Shah Alam kembali melaksanakan kerja seperti biasa di pejabat semalam,”katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka dalam siasatan SPRM terhadap kakitangan MBSA berhubung dakwaan penguasaan kartel dalam projek tebatan banjir di negeri itu.

Amirudin berkata, pada masa ini, kerajaan negeri memberi ruang kepada SPRM untuk membuat siasatan sepenuhnya berikutan sebahagian dakwaan masih bersifat tanggapan.

Jelas kenyataan itu lagi, pihak MBSA juga ingin menegaskan bahawa akan sentiasa sedia memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan dengan pihak SPRM. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya