Lelaki ditahan ugut, maki hamun polis - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan ugut, maki hamun polis

SEORANG lelaki ditahan di hadapan rumahnya di Senai Jaya kerana mengancam dan memaki hamun anggota polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Gara-gara mengancam dan memaki hamun anggota polis, seorang lelaki ditahan di rumahnya di Taman Senai Jaya, Senai, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota dari Balai Polis Senai menjalankan rondaan cegah jenayah di Jalan Senai Jaya pada 9.20 malam sebelum terserempak dengan lelaki tersebut.

“Suspek yang merupakan warga tempatan menunggang motosikal secara melawan arus serta tidak memakai topi keledar dan terus memecut sehingga sampai di sebuah rumah di taman itu.

“Pihak polis kemudian meminta suspek mengeluarkan kad pengenalan untuk tindakan saman, namun, suspek enggan memberi kerjasama serta mengeluarkan kata-kata kesat, malah, mengancam anggota polis itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut.

Suspek kini direman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beng Yeow menasihati orang ramai supaya tidak bertindak di luar batasan undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang sengaja melanggar undang-undang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya