Johor nafi beri cuti peristiwa kejayaan menang Sukma -

Johor nafi beri cuti peristiwa kejayaan menang Sukma

JOHOR muncul kontinjen paling cemerlang dalam Sukma 2022 apabila muncul juara keseluruhan dengan 77 pingat emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri nafi akan memberikan cuti peristiwa ekoran kejayaan skuad Johor menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Sabtu lalu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dalam satu kenyataan menafikan kenyataan yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

“Telah tular satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp menyatakan Kerajaan Negeri Johor akan memberikan cuti peristiwa pada 29 September 2022 atas kejayaan Kontinjen Negeri Johor menjuarai Sukma baru-baru ini.

“Pentadbiran ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan dan telah tular tersebut. 

“Pentadbiran ini juga kesal atas tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu sehingga menyebabkan kekeliruan kepada orang awam,” jelas kenyataan tersebut.

Sabtu lalu, Kontinjen Sukma Johor dinobatkan sebagai juara Sukma 2022 yang berlangsung di ibu negara apabila memenangi 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.

Kejuaraan tersebut menyaksikan kontinjen Johor mencatat sejarah kerana muncul juara buat pertama kali dalam sejarah 36 tahun penganjuran temasya dwi tahunan berkenaan. –UTUSAN 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN