Hanya surat pemakluman, tiada kejadian culik di Batu Caves  -

Hanya surat pemakluman, tiada kejadian culik di Batu Caves 

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan menjalankan siasatan berhubung penularan satu surat makluman kepada ibu bapa dikeluarkan sebuah sekolah rendah di Batu Caves dekat sini, berhubung risiko kejadian culik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, sebanyak dua laporan polis diterima pihaknya mengenai penularan surat berkenaan.

Kata beliau, laporan dibuat ibu bapa murid sekolah berkenaan serta sebuah sekolah lain dalam daerah ini.

“Pihak polis mengesan penularan surat berkenaan kira-kira pukul 4.40 petang semalam dan hasil siasatan mendapati surat itu dikeluarkan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah rendah terbabit.

“Surat itu adalah inisiatif pihak sekolah sebagai peringatan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa serta penjaga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihak sekolah telah mengesahkan tiada sebarang kejadian culik berlaku di sekolah terbabit.

Bagaimanapun, katanya pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengesahkan kesahihan kejadian yang didakwa pengadu sebagai ‘cubaan culik’.

“Orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam,” jelasnya.

Semalam, tular surat makluman bertarikh 26 September oleh pihak sekolah meminta ibu bapa serta penjaga mematuhi beberapa arahan antaranya menghantar dan mengambil anak mengikut ketetapan waktu selain tidak membenarkan mereka masuk kawasan sekolah.

Surat itu juga menyebut mengenai kekerapan kejadian culik dalam kalangan murid sekolah kebelakangan ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya