Ekonomi berkembang pesat punca rasuah di Pulau Pinang -

Ekonomi berkembang pesat punca rasuah di Pulau Pinang

JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Pulau Pinang diharap tidak terlalu defensif dan perlu menerima kenyataan bahawa kes menerima rasuah dalam kalangan penjawat awam di negeri itu membimbangkan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengatur pelbagai langkah bagi memastikan masalah rasuah dapat dicegah daripada terus merebak.

Beliau berkata, masalah rasuah adalah masalah sejagat terutamanya di negeri yang maju kerana peruntukan atau jumlah perbelanjaan yang besar pasti akan membuka ruang dan peluang untuk berlakunya rasuah. 

“Ekonomi yang berkembang pesat di Pulau Pinang adalah antara faktor penting yang mendorong rasuah semakin membimbangkan di Pulau Pinang.

“MCW berharap pihak SPRM meneruskan usaha yang agresif untuk membanteras rasuah di semua negeri demi memastikan masalah ini dikawal terutamanya dalam sektor awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam membimbangkan di Pulau Pinang.

Berdasarkan statistik, kata Azam, sebanyak 919 aduan diterima SPRM berhubung kesalahan menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam di Pulau Pinang sejak 2019 sehingga kini.

Mengulas lanjut, Jais berkata, segelintir penjawat awam kelihatan semakin berani melakukan rasuah akibat ketidakstabilan politik dewasa ini.

“Hakikat bahawa rasuah di Malaysia termasuk di Pulau Pinang adalah seperti kanser yang sedang merebak adalah rahsia umum yang telah diketahui oleh segenap lapisan rakyat. 

“Pelbagai kaedah pencegahan kelihatan kurang berkesan kerana ketamakan telah mengatasi prinsip kehidupan yang berintegriti,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya