Dasar perumahan Pulau Pinang gagal - Utusan Malaysia

Dasar perumahan Pulau Pinang gagal

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mendakwa dasar perumahan yang dilaksanakan kerajaan negeri Pulau Pinang gagal berikutan banyak rumah siap dibina  tidak terjual.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, pada separuh pertama tahun ini, jumlah urus niaga pasaran perumahan baharu di Malaysia menunjukkan Pulau Pinang negeri kedua dengan perumahan baharu tidak terjual.

“Data Laporan Pasaran Hartanah H1 2022 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di bawah Kementerian Kewangan baru-baru ini menunjukkan 80 peratus daripada 5,508 rumah baharu tidak terjual di Pulau Pinang berharga melebihi RM300,000.

”Ini menunjukkan dasar perumahan yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang gagal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tong Keong, daripada data itu juga boleh dilihat apa yang diperlukan oleh rakyat Pulau Pinang adalah rumah berharga bawah RM300,000.

“Rakyat tidak perlu rumah mampu milik yang dipromosikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang sekurang-kurangnya RM300,000. Perumahan mampu milik seperti ini adalah tidak mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, dari segi dasar perumahan, kerajaan PH Pulau Pinang perlu melaksanakan semula dasar 30 peratus perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh Gerakan ketika mentadbir Pulau Pinang.

”Kerajaan PH Pulau Pinang mesti belajar daripada Gerakan dan menetapkan semua pemaju membina 30 peratus rumah kos rendah sekitar RM72,500 dalam projek pembangunan mereka.

”Ini perlu dilaksanakan supaya rakyat berpeluang membeli rumah mengikut kemampuan mereka,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya