Covid-19: Kes positif terus turun; KL tertinggi dengan 237 kes -

Covid-19: Kes positif terus turun; KL tertinggi dengan 237 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,186 kes berbanding kelmarin, 1,608 kes sekali gus diatasi 1,690 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 237 kes diikuti Selangor (213), Sabah (125) dan Perak (110).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Negeri Sembilan (90), Kedah (73), Johor (60), Kelantan (59), Pulau Pinang (56), Sarawak (49), Melaka (47),   Terengganu (35) dan Pahang (17). 

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lapan kes dan Putrajaya, tujuh kes manakala Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 323 orang berbanding kelmarin, 343 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 52 kes berbanding jumlah kelmarin, 51 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 35 kes berbanding jumlah kelmarin, 29 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 14 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,080 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan tujuh kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,357 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,731 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya