Covid-19: Kes positif kembali bawah 2,000 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif kembali bawah 2,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,867 kes berbanding kelmarin, 2,445 kes sekali gus diatasi 1,402 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 470 kes diikuti Kuala Lumpur (451), Perak (183), Sabah (159) dan Pulau Pinang sebanyak 104 kes.

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Melaka (82), Negeri Sembilan (79), Sarawak (77), Johor (56), Kelantan (55), Kedah (52), Pahang (40), Terengganu (29) dan Putrajaya (23).

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, empat kes dan Labuan, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 365 orang berbanding kelmarin, 389 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 43 kes berbanding jumlah kelmarin, 41 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 24 kes berbanding jumlah kelmarin, 22 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 14 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,081 kluster.

Satu kluster baharu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Perak Georgetown 2 di Timur Laut, Pulau Pinang dengan 19 kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,369 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,732 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya