Covid-19: Kes positif catat lebih 2,000 - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif catat lebih 2,000

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,111 kes berbanding kelmarin, 1,667 kes sekali gus mengatasi 1,493 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 608 kes diikuti Kuala Lumpur (474), Perak (216), Sabah (152) dan Sarawak (101). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Negeri Sembilan (92), Kedah (77), Kelantan (73), Melaka (73), Pulau Pinang (71),  Pahang (56), Johor (40),  Terengganu (35), Putrajaya (29) dan Perlis (10). 

Hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, tiga kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 407 orang berbanding kelmarin, 377 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 57 kes berbanding jumlah kelmarin, 59 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 37 kes bersamaan jumlah kelmarin. 

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 16 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,078 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, tujuh kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,330 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,722 kes. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya