Covid-19: 1,942 kes positif; 2 kluster tempat kerja -

Covid-19: 1,942 kes positif; 2 kluster tempat kerja

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,942 kes berbanding kelmarin, 1,847 kes sekali gus diatasi 2,276 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 468 kes diikuti Kuala Lumpur (389), Perak (176), Sabah (151), Sarawak (145), Negeri Sembilan (104) dan Kedah (100). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Johor (82), Pulau Pinang (68), Melaka (64), Kelantan (58), Pahang (50), Terengganu (40) dan Putrajaya sebanyak 32 kes. 

Hanya dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, lapan kes dan Perlis, tujuh kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 412 orang berbanding kelmarin, 370 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 62 kes berbanding jumlah kelmarin, 67 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 45 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 21 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,075 kluster.

Dua kluster baharu melibatkan tempat kerja iaitu Kluster Persiaran Bukit Kiara 3 di Kepong, Kuala Lumpur dengan 11 kes manakala Kluster Jalan Mahawangsa di Kinta, Perak dengan tujuh kes.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan enam kes berbanding jumlah kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,291 kes manakala tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,711 kes.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN