Banjir 'termenung' halang mangsa pulang ke rumah -

Banjir ‘termenung’ halang mangsa pulang ke rumah

KEADAAN air yang masih bertakung di dalam dan luar rumah penduduk di Kampung Baru Sri Gading menyebabkan 44 mangsa daripada 11 keluarga masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Banjir termenung menjadi ‘penghalang’ 44 mangsa daripada 11 keluarga di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading Batu Pahat masih tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md. Ali berkata, selepas dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di Sri Gading pada 14 September lalu, hanya penduduk dari Kampung Baru Seri Gading masih ditempatkan di PPS ini walaupun sudah sembilan hari berlalu.

Katanya, hasil tinjauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) mendapati masih ada air bertakung di halaman dan dalam rumah mangsa.

“Keadaan ini menyebabkan semua mangsa yang terlibat tidak boleh balik ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan terutamanya daripada binatang berbisa.

“Sekiranya air sudah kering dalam masa terdekat, semua penduduk di kampung ini akan diberikan kebenaran untuk pulang,” katanya.

Menurutnya, penduduk sudah bersedia untuk pulang, namun, keadaan masih belum mengizinkan.

Pada 14 September lalu, seramai 65 keluarga melibatkan 326 mangsa dipindahkan selepas Kampung Seri Tanjung, Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Seri Gading dan Pekan Sri Gading dinaiki air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya