Ahli perniagaan dilarikan sekumpulan lelaki kerana hutang -

Ahli perniagaan dilarikan sekumpulan lelaki kerana hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan yang sedang makan berseorangan di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah, Ampang dekat sini berdepan detik cemas selepas dilarikan sekumpulan lelaki menaiki sebuah kenderaan Toyota Vellfire, semalam.

Mangsa berusia 38 tahun itu bagaimanapun ditemukan selamat selepas dibebaskan kumpulan lelaki terbabit di Klang, Selangor kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya pada mulanya menerima panggilan menerusi MERS999 satu kejadian melarikan orang kira-kira pukul 4.03 petang membabitkan seorang lelaki.

Kata beliau, dalam kejadian ini juga turut tular dalam laman sosial Whatsapp dan laman sosial semalam.

Jelasnya, siasatan awal mendapati, kejadian berkenaan dipercayai punca kejadian akibat masalah hutang dengan pihak majikan. 

“Semasa dalam restoran berkenaan, mangsa didatangi sekumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan dengan menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta berwarna putih.  

“Mangsa menjerit meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya dan menyebabkan mangsa telah dilarikan menaiki kereta vellfire dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad farouk, rentetan kejadian itu, mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas dibebaskan oleh kumpulan lelaki terbabit.

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.

“Usaha mengesan suspek yang telah dikenal pasti sedang giat dijalankan dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan mana mana orang dengan niat hendak menyebabkan orang itu dikurung dengan sulit dan dengan salah,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk awam yang cuba membantu dalam kejadian berkenaan/

“Orang awam juga diingatkan supaya tidak terlibat dengan hutang tanpa lesen yang sah,”katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya