Warga emas rugi RM56,000 tergoda tawaran RM1 juta -

Warga emas rugi RM56,000 tergoda tawaran RM1 juta

Mohammad Shofee Tayib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerana tergoda dengan tawaran wang berjumlah RM1 juta, seorang warga emas kerugian RM56,000 kerana ditipu oleh seorang wanita yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantar barangan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 76 tahun itu menerima panggilan daripada suspek pada pertengahan Julai lalu.

Katanya, mangsa diminta oleh suspek supaya membuat bayaran bagi membolehkannya menuntut wang tunai tersebut yang akan diserahkan sebaik sahaja bayaran penuh diperoleh.

Percaya dengan kata-kata suspek, mangsa membuat beberapa kali bayaran yang kononnya bagi  kos penghantaran, cukai kastam dan denda oleh kerajaan.

“Transaksi pertama dibuat oleh mangsa pada 18 Julai dan diikuti beberapa pindahan wang yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pembayaran terakhir kepada suspek dibuat oleh mangsa pada awal bulan ini dengan suspek berjanji untuk menghantar wang tunai itu ke rumah selepas mangsa selesai membuat bayaran.

Bagaimanapun, wang RMI juta yang dijanjikan tidak diberikan dan mangsa menyedari bahawa dirinya telah ditipu,  seterusnya membuat laporan polis pada 28 Ogos 2022.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan terpedaya dengan tawaran atau janji manis oleh individu yang tidak dikenali.

Beliau meminta orang ramai supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa sekiranya meragui sesuatu  maklumat bagi mengelakkan menjadi mangsa ‘scammer’. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya