Tuntut hutang: 4 lelaki ditahan disyaki terlibat kes pukul -

Tuntut hutang: 4 lelaki ditahan disyaki terlibat kes pukul

SALAH seorang daripada empat suspek lelaki yang ditahan polis kerana disyaki memukul seorang lelaki dan bapanya di hadapan rumah mereka di Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis menahan empat lelaki kerana disyaki memukul seorang lelaki dan bapanya di hadapan rumah mereka di Kampung Pondok Upeh, di sini.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, keempat-empat suspek berusia 18 hingga 26 tahun itu berjaya dikesan dan ditangkap di lokasi berasingan di sekitar Balik Pulau.

”Berdasarkan laporan yang diterima, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa di Kampung Pondok Upeh, di mana suspek datang ke rumahnya untuk meminta hutang.

“Berlaku pertengkaran mulut sehingga suspek bertindak menampar muka mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, semasa mangsa cuba menghubungi talian kecemasan 999, kira-kira 10 lelaki datang dan terus memukul mangsa dan bapanya menggunakan beberapa senjata iaitu kayu, topi keledar dan kerusi besi. 

”Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya