Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata, sehubungan

Tidak timbul isu pelantikan Arafat sebagai Naib Pengerusi PKR Perak

CHANG Lih Kang (depan, tiga dari kanan) bersama barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta,  Muhamad Arafat Varisai Mahamad sebagai Naib Pengerusi PKR Perak yang diumumkan hari ini mendapat persetujuan daripada pimpinan Pusat.

Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata, sehubungan itu, tidak timbul isu berkaitan pelantikan Muhamad Arafat sebagai Naib Pengerusi PKR Perak walaupun sumber mengatakan ADUN Hulu Kinta itu sepatutnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PKR Perak.

\Menurut Lih Kang, pelantikan barisan pimpinan PKR Perak sesi 2022 hingga 2025 yang diumumkan hari ini mendapat persetujuan daripada pimpinan pusat PKR.

“Komen saya ialah senarai barisan kepemimpinan PKR Perak yang saya bentangkan hari ini telah pun mendapat persetujuan dari Presiden dan juga Biro Politik.

“Jadi, berkenaan isu tadi (pertukaran jawatan Muhamad Arafat) tidak timbul,”  katanya dalam sidang akhbar pengumuman Barisan Kepemimpinan Baharu Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak Sesi 2022-2025 di Pejabat PKR Perak di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan berlaku pertukaran pelantikan jawatan Muhamad Arafat.

Sebelum ini, sumber memberitahu Utusan Malaysia, selepas Lih Kang dilantik sebagai pengerusi, nama Muhamad Arafat mendapat kelulusan dalam mesyuarat Biro Politik Pusat PKR untuk dilantik sebagai Timbalan pengerusi  dan perkara ini ada dalam minit mesyuarat.

Namun, dalam sidang akhbar hari ini, Muhamad Arafat diumumkan sebagai Naib Pengerusi PKR Perak bersama-sama S. Kesavan dan Abdul Razak Nazri manakala Mohd Hairul Amir Sabri sebagai Timbalan Pengerusi.

Muhamad Arafat tidak hadir pada sidang akhbar tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN