Tiada keperluan suruhanjaya diraja siasat insiden kepala air

Tiada keperluan suruhanjaya diraja siasat insiden kepala air

Tragedi kepala air di Baling menyebabkan banyak rumah penduduk terjejas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan menyifatkan tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya diraja mengkaji dan menyiasat insiden kepala air di Baling, Kedah baru-baru ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tidak timbul percanggahan laporan jawatankuasa khas yang menyelidik insiden dengan pihaknya dan Kementerian Air Dan Alam Sekitar.

Menurutnya, kesemua kajian dijalankan pakar-pakar yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang berkaitan.

“Salah seorang pakar terlibat adalah Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Komoo yang diiktiraf sebagai salah seorang pakar geologi bukan hanya di peringkat nasional malah antarabangsa.

“Jawatankuasa khas ini pula merangkumi pelbagai jabatan dan kementerian dengan Kementerian Air dan Alam Sekitar ditugaskan untuk mengepalai penyelidikan. Saya sendiri tidak nampak sebarang percanggahan sebaliknya ia melengkapkan lagi laporan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) kali ke-41, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memaklumkan, insiden di Baling bukan kejadian kepala air yang pertama kali berlaku dalam negara ini kerana pernah berlaku di kawasan-kawasan lain.

Katanya, kejadian itu pernah berlaku di Keningau, Sabah yang melibatkan kehilangan ratusan nyawa. 

“Namun ini mungkin kali pertama kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelidik insiden seumpama ini. Jawatankuasa khas telah mendaki sendiri Gunung Pulai selain melakukan tinjauan menggunakan dron dan tinjauan udara menggunakan helikopter. 

“Boleh dikatakan ladang musang king bukanlah satu-satunya sebab berlaku insiden kepala air di Baling,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN