Suami isteri pasang 500 Jalur Gemilang hiasi rumah -

Suami isteri pasang 500 Jalur Gemilang hiasi rumah

RAHMAH Mohd. Noor dan suami, Ahmad Sabri Hashim memasang Jalur Gemilang di pekarangan rumah mereka di Felda Tersat, Hulu Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri sanggup membelanjakan kira-kira RM300 membeli Jalur Gemilang bagi menghiasi kediaman sempena sambutan Bulan Kebangsaan Ke-65 pada tahun ini.

Peneroka, Ahmad Sabri Hashim, 60, dan isteri, Rahmah Mohd. Nor, 57, dari Felda Tersat di sini melakukannya sebagai menterjemahkan semangat patriotik serta tanda penghargaan atas kemerdekaan dikecapi negara.

Menurut Rahmah, setakat ini dia memasang sebanyak 500 Jalur Gemilang pelbagai saiz termasuk 200 helai yang baru dibeli pada tahun ini.

Menurutnya, kerja-kerja memasang Jalur Gemilang itu dijangka siap sepenuhnya sebelum 31 Ogos nanti.

“Menjadi kelaziman saya dan suami sejak lebih lima tahun lalu, kami akan kibarkan Jalur Gemilang sempena merdeka. Apabila tiba bulan Ogos, rasa tidak lengkap jika tiada Jalur Gemilang berkibar di rumah.

“Kami akan pastikan Jalur Gemilang dipasang walaupun jumlahnya tidak banyak. Namun, semangat patriotik kian dizahirkan lagi bermula tahun lepas apabila pihak pengurusan Felda anjurkan pertandingan menghias rumah sempena Hari Kebangsaan.

“Pertandingan itu diteruskan lagi tahun ini. Bagaimanapun, segala yang dilakukan ini bukan sekadar sertai pertandingan semata-mata tetapi sebagai rasa cintakan tanah air dan menyemarakkan semangat kemerdekaan,” katanya ketika ditemui di Felda Tersat di sini, hari ini.

Tambah nenek tiga cucu ini, kerja-kerja memasang Jalur Gemilang itu dilakukan bersama suaminya kerana tiga anak mereka tinggal berasingan.

Selain itu, menurutnya, kebanyakan pendudik di tanah rancangan ini juga tidak ketinggalan memasang Jalur Gemilang di rumah masing-masing. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya