"Saya biasa teman suami sebab dia sewa rumah seorang.

Sikap suami berubah tidak mahu ditemani sebelum maut kemalangan

ZUBAIDAH Abdul Ghani (tengah) membaca doa buat arwah suaminya, Zahari Zakaria di rumahnya di Taman Desa Solehah, Mak Chili, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang isteri tidak menyangka perubahan sikap suaminya yang tidak mahu dia ditemani di rumah sewa seperti kebiasaannya menjadi tanda awal pemergiannya apabila ditemukan mati selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung di Kilometer 24, Jalan Mersing-Kota Tinggi, berhampiran Jemaluang, Mersing, Johor, semalam. 

Zubidah Abdul Ghani, 64, berkata, dia yang merupakan bekas penjawat awam sering menemani suaminya, Zahari Zakaria, 63, yang bekerja sebagai juruukur di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.

“Saya biasa teman suami sebab dia sewa rumah seorang. Biasanya, saya akan memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah. Sebelum suami menghantar saya balik di Kemaman pada Sabtu lepas.

“Suami saya juga berpesan supaya tidak perlu menemani dia lagi dan  barang saya di rumah sewa itu diminta dibawa balik ke rumah kami di Kemaman. 

“Awalnya, saya agak pelik juga dengan tindakan suami, namun, sebagai isteri saya akur dan saya fikir mungkin suami nak saya berehat sambil jaga cucu di kampung,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Desa Solehah, Mak Chili, di sini, hari ini 

Akhbar hari ini melaporkan Zahari yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu, ditemukan mati selepas Perodua Myvi yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter di Kilometer 24, Jalan Mersing-Kota Tinggi, berhampiran Jemaluang, Mersing, kira-kira 9.30 pagi semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang mempunyai tujuh anak dan memiliki 11 orang cucu itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas menghantar isterinya di Kemaman, Ahad lalu. 

Zubidah berkata, dia yang masih terkejut dengan pemergian suaminya merasa lega selepas insan kesayangannya ditemukan walaupun hanya jasad. 

“Biasanya, kalau suami sampai di tempat kerja, dia akan beritahu dalam aplikasi WhatsApp. Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun, gagal. 

“Saya juga ada mencari suami di sekitar kawasan Rompin, Pahang, namun gagal,” ujarnya. 

Jenazah Zahari yang dibawa dari Jemaluang dengan van jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur, kira-kira pukul 10.30 malam semalam. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya