Rampas rokok seludup RM1.8 juta, dua lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Rampas rokok seludup RM1.8 juta, dua lelaki ditahan

POLIS Johor merampas rokok seludup bernilai RM1.8 juta yang dibawa dalam sebuah lori di Taman Fasa Indah, Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini mematahkan cubaan sindiket mengedarkan rokok seludup menggunakan sebuah lori di Taman Fasa Indah, Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi, awal pagi ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya turut berjaya menahan dua lelaki  berusia 31 dan 47 tahun pada pukul 3.20 pagi.

“Anggota polis yang melakukan rondaan mengesan sebuah lori mencurigakan di Taman Fasa Indah, Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi, sebelum melakukan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kotak berisi rokok tidak bercukai dalam kenderaan tersebut, menyebabkan kedua-dua suspek ditahan manakala barangan dirampas,” kata beliau dalam kenyataan hari ini

Menurut beliau, semua barang yang dirampas ialah  244 kotak mengandungi 12,200 karton rokok dengan anggaran rampasan keseluruhan sebanyak RM1,830,000.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah yang dipercayai berlaku di kawasan mereka dengan menghubungi talian 019-2396318 atau mengunjungi balai polis berhampiran.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya