KUANTAN: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi komitmen bahawa ia tidak akan dilaksanakan tahun depan, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad berkata, cumanya Perdana Menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya tersebut akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, Perdana Menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh takkan…