Polis tahan lima individu kes curi peti besi - Utusan Malaysia

Polis tahan lima individu kes curi peti besi

ZULKIFLI Mahmood (tengah) pada sidang akhbar kes kecurian peti besi di IPD Gerik hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Polis menahan lima individu termasuk seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah peti besi membabitkan kerugian RM37,000 di sebuah rumah di sini, minggu lalu.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun itu ditahan Khamis lalu dalam tangkapan berasingan di sekitar Gerik. 

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, tangkapan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang lelaki warga emas berusia 70-an berkaitan kehilangan peti besi miliknya yang disyaki dicuri kenalannya.

Katanya, bertindak atas laporan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik berjaya memberkas dua suspek wanita di sini yang kemudiannya membawa kepada tangkapan tiga suspek lain.

“Hasil daripada tangkapan itu berjaya menemukan beberapa barang kes di sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu.

“Antara barang yang ditemukan termasuk wang tunai, barangan kemas, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), buku akaun Tabung Haji dan telefon bimbit yang dipercayai dibeli oleh suspek menggunakan wang curi,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Gerik di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek baru pertama kali melakukan jenayah tersebut dan mereka juga dipercayai mengenali mangsa.

Katanya, semakan mendapati hanya seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.

“Kesemua suspek ditahan reman enam hari bermula Jumaat sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya