Polis Kelantan rampas empat pucuk pistol dari negara jiran -

Polis Kelantan rampas empat pucuk pistol dari negara jiran

tekong darat
MUHAMAD ZAKI HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis berjaya merampas empat pucuk pistol yang dibawa masuk secara haram dari negara jiran sepanjang tempoh lapan bulan tahun ini.

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rampasan itu melibatkan pistol berjenama semi auto dan revolver.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperoleh, pistol ini digunakan oleh untuk tujuan jenayah seperti ugutan, samun dan pemerasan.

“Rampasan itu membabitkan kes lama dan setakat ini, kemasukan senjata api ke negeri ini amat terkawal,” katanya dalam sidang media pada Program Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, malam tadi.

Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya sudah mengadakan perbincangan untuk menangani kemasukan senjata api melalui Ops Wawasan dan Ops Merpati.

“Kita juga lebih kepada pertukaran maklumat di jabatan  masing-masing selain duduk sama-sama memperkemaskan maklumat.

“Kita lihat peluang itu ada tapi kita hendak menutup bagi mengelak berlakunya kemasukan senjata api ” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya