Darjah itu diberikan Sempena Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang

PM ketuai 883 penerima Darjah Kebesaran Melaka, Amy Search kini bergelar Datuk

ISMAIL SABRI Yaakob dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama sempena sambutan Hari Jadi Ke-73 Yang Dipertua Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka dengan dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Darjah itu diberikan Sempena Hari Ulang Tahun Ke-73 Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Sementara itu, Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Prabowo telah dikurniakan anugerah tersebut pada 26 Julai lalu di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka, Ayer Keroh di sini.

Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira diberikan kepada 26 penerima antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Baharin Din dan Ketua Umum Dewan Masjid Indonesia, Dr. Syafruddin Kambo.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search menjadi antara 163 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Penerima tunggal Bintang Gagah Perkasa dianugerahkan kepada Pegawai Bomba Kanan II, Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh yang terkorban semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini pada 20 Oktober 2021.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar pula menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di atas jasa beliau membantu mangsa banjir.

Darjah Kebesaran Melaka diberikan kepada kakitangan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media dan ahli-ahli badan sukarelawan.

Istiadat pengurniaan dijalankan tiga sesi iaitu pada 24 dan 27 Ogos 2022. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya