PKR tanding lebih 14 kerusi DUN Perak

PKR tanding lebih 14 kerusi DUN Perak

CHANG Lih Kang (dua dari kanan) bersama barisan kepimpinan MPN PKR Perak pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: PKR Perak akan bertanding lebih daripada 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata, meskipun perundingan mengenai kerusi ditandingi belum selesai, beliau mengesahkan ada pertambahan kerusi DUN yang akan ditandingi PKR.

“Ada tambahan, itu pasti, berapa kerusi yang akan ditandingi ia belum diputuskan kerana rundingan belum selesai tapi pertambahan memang ada, disahkan.

“Saya tidak boleh memberi satu jawapan yang muktamad tapi saya beri jaminan bahawa PKR akan bertanding lebih daripada bilangan kerusi dahulu (PRU-14),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman barisan kepimpinan baharu Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak Sesi 2022-2025  di Pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Ditanya mengenai rundingan kerusi yang akan ditandingi pada PRU akan datang bagi PKR Perak, 

Lih Kang berkata, buat masa ini perundingan mengenai kerusi yang akan ditandingi PKR sudah mencapai hampir 90 peratus.

“Rundingan untuk kerusi DUN kita akan sambung kerana sebelum ini kita sudah dalam 80 hingga 90 peratus sudah selesai, sedikit sahaja lagi.

“Kami akan teruskannya dan dalam masa satu bulan kita akan memuktamadkan senarai calon untuk negeri Perak,” katanya.

Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim berkata, daripada jumlah kerusi DUN yang ditandingi, PKR menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 10 kerusi.

Katanya, ini bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan negeri.

“Kami menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN bagi membantu PH membentuk kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×