Penguatkuasa Majlis Daerah Tanah Merah cedera dipukul  -

Penguatkuasa Majlis Daerah Tanah Merah cedera dipukul 

MOHD. Razi Rosli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH:  Seorang anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) cedera di kepala dan badannya selepas dipercayai dipukul dua lelaki dalam kejadian di tepi Jalan Pasir Mas -Tanah Merah di sini, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika mangsa, Tuan Kob Tuan Muda, 48, sedang menunggang sebuah motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pangkal Manak di sini selepas bertugas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, semasa tiba di hadapan sebuah kedai tekstil, sebuah kereta menahannya.

“Dua lelaki yang tidak dikenali keluar dari kereta tersebut sebelum bertindak memukul kepala dan badan mangsa.

“Tuan Kob cuba mengelak dengan melarikan diri dari kawasan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Sementara itu, Tuan Kob ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, sebelum kejadian, dia bersama anggota penguat kuasa MDTM lain terlibat dengan operasi dengan menjalankan pemeriksaan lesen di premis di sekitar daerah ini.

Katanya, selepas operasi tersebut, dia terus pulang ke rumah sebelum ditahan dan dipukul dua lelaki itu.

“Saya tidak dapat mengecam kedua-dua suspek kerana keadaan ketika itu gelap. Saya terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Tanah Merah sebelum pergi ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya