Penganggur miliki lima kilogram syabu dicekup - Utusan Malaysia

Penganggur miliki lima kilogram syabu dicekup

MUHAMMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penganggur ditahan polis selepas memiliki lima kilogram syabu yang dianggarkan bernilai RM180,270 dalam serbuan di Jalan Wakaf Che Yeh, Mukim Padang Enggang di sini, kelmarin.

Dalam serbuan pukul 12.06 tengah malam itu, polis turut merampas 10 biji pil psikotropik dan tujuh biji pil kuda hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas tubuh badan suspek berusia 57 tahun itu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan penemuan bahan terlarang itu, anggota bertugas kemudian melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kereta jenis Proton Preve yang dipercayai milik suspek.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu, polis menjumpai bungkusan plastik berwarna merah di bahagian tempat duduk penumpang hadapan yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat lima kilogram.

“Rampasan syabu, pil yaba dan psikotropik itu dilakukan susulan penahanan seorang lelaki yang juga penganggur berusia 40 tahun ketika serbuan pertama di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas pada pukul 9 malam, Isnin lalu,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua dadah dirampas dan kedua-dua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek itu mendapati positif dadah jenis methamphetamine selain masing-masing mempunyai lapan dan tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan narkotik.

“Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula 2 sehingga 8 Ogos bagi siasatan lanjut.

“Polis turut merampas wang tunai bernilai RM5,360 dipercayai hasil aktiviti pengedaran dadah termasuk sebuah kereta Honda Civic dan Motosikal SYM,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya