Pemandu lori maut kenderaan terbabas rempuh pokok -

Pemandu lori maut kenderaan terbabas rempuh pokok

PEMANDU lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di kilometer 10.9, Lebuhraya Utara-Selatan, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Kilometer 10.9,  Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Aidil Misman berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 4.25 petang.

Seramai 10 anggota dari BBP Kempas dan BBP Tebrau dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejar ke tempat kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah lori 2 tan jenis Daihatsu yang terbabas melanggar sebatang pokok di bahu jalan. Kemalangan melibatkan mangsa, Tan Ting Kwang yang berusia 45 tahun, namun, tidak tersepit.

“Tindakan operasi telah dibuat dengan mengeluarkan mangsa menggunakan ‘stretcher’. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi dan mayat kemudiannya diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Operasi tersebut tamat pada pukul 5.24 petang. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN