masing-masing suspek terdiri daripada 15 orang lelaki dan 10

Parti liar di Janda Baik: Datuk seri dengan 24 suspek diberkas

SERAMAI 25 ditahan termasuk seorang bergelar datuk seri kerana berparti liar dan terlibat penyalahgunaan dadah di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong, Pahang. - IHSAN POLIS BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis daerah ini memberkas seorang suspek lelaki bergelar datuk seri bersama 24 orang berparti liar dan terlibat penyalahgunaan dadah di sebuah banglo di Janda Baik di sini. 

Dalam serbuan pukul 1 pagi hari ini, polis turut merampas dadah jenis katamine dan pil ecstasy berjumlah keseluruhan bernilai RM800. 

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, hasil maklumat orang ramai, polis menyerbu sebuah banglo yang dipercayai disewa sebanyak RM15,000 di Janda Baik. 

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan dan merampas dadah dipercayai jenis katamine seberat 2.18 gram dan pil ecstasy seberat 1.43 gram bernilai keseluruhan RM800. 

“Suspek bergelar Datuk Seri ditahan bersama 24 lagi terdiri daripada 17 warganegara tempatan dan lapan warganegara asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Zaiham, masing-masing suspek terdiri daripada 15 orang lelaki dan 10 orang wanita berusia antara 18 hingga 64 tahun. 

“Ujian saringan awal air kencing ke atas 25 suspek didapati positif methamphetamine dan ditahan  selama empat hari bermula bermula hari ini sehingga 14 Ogos ini. 

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. 

Ujarnya, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan dadah dan akan mengambil tindakan tegas berasaskan undang-undang. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya