"Proses penggubalan Rang Undang-Undang Pindaan akan

NFCC jadi agensi berpusat bagi pengurusan harta disita dan dilucut hak

lompat parti
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan Kertas Dasar Pengurusan Harta Disita dan Dilucut Hak yang dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu membolehkan proses penggubalan rang undang-undang pindaan dimulakan oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Katanya, keputusan Jemaah Menteri ini adalah selari dengan kenyataan media Perdana Menteri pada 19 Mei lalu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR), supaya NFCC menjadi sebuah agensi berpusat bagi pengurusan harta disita dan dilucut hak.

“Proses penggubalan Rang Undang-Undang Pindaan akan melibatkan pindaan kepada Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 [Akta 822] dan pindaan berbangkit kepada 26 Akta yang dikawal selia lapan kementerian dan jabatan. 

“Bahkan satu Jawatankuasa Penggubalan Rang Undang-Undang Pindaan dibentuk bagi memperincikan peruntukan-peruntukan yang akan memberi kuasa kepada NFCC untuk menguruskan harta yang disita dan dilucut hak bagi pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Wan Junaidi berkata, kajian dan penanda aras mengenai pengurusan harta akan terus dilakukan dengan meneliti pelaksanaannya di beberapa buah negara yang mempunyai sistem pengurusan harta berpusat seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda. 

Katanya, negara-negara yang mempunyai sistem pengurusan harta berpusat dapat menguruskan harta dengan lebih efektif dan efisien, memberi nilai tambah serta mendatangkan keberhasilan kepada negara.

“Amat penting juga, pelaksanaannya kelak akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam sistem keadilan jenayah. 

“Malaysia memerlukan sebuah pusat sehenti bagi pengurusan harta yang disita dan dilucut hak kerana ia merupakan suatu langkah strategik dan holistik dengan mewujudkan suatu sistem data mengenai harta yang disita dan dilucut hak yang komprehensif.

“Ini khususnya bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan penguatkuasaan undang-undang untuk menangani jenayah kewangan dan mengekang ketirisan,” katanya. 

Beliau berkata, melalui dasar ini, agensi penguat kuasa dapat lebih memfokuskan kepada tindakan pelaksanaan siasatan dan penguatkuasaan. 

“Manakala segala urusan mengenai harta yang disita dan dilucut hak diuruskan oleh sebuah agensi berpusat,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya