Mayat lelaki terapung ditemukan di perairan Padang Kota Lama - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terapung ditemukan di perairan Padang Kota Lama

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti diri ditemukan dalam keadaan terapung di perairan Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di perairan Padang Kota Lama, di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak  Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi berkenaan penemuan satu mayat terapung di perairan Padang Kota Lama sekitar pukul 2.05 petang.

Katanya, mayat lelaki berkenaan ditemukan di kedudukan 1.29 kilometer timur laut Padang Kota Lama.

“Mayat tersebut dipercayai seorang lelaki berseluar pendek serta berbaju singlet putih, namun, tiada sebarang identifikasi diri ditemui. 

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini Maritim Malaysia Pulau Pinang belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut.

”Kami memohon mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau saudara segera tampil membuat aduan di balai polis berdekatan.

”Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk dan sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik,” katanya.

Tambahnya, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada komuniti maritim dan sebarang kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.