Lima lelaki dicekup simpan 765 kg daun ketum dalam pondok -

Lima lelaki dicekup simpan 765 kg daun ketum dalam pondok

DAUN ketum yang dirampas dalam serbuan di Kampung Simpol Berlubang, Machang, Kelantan.-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik lima lelaki yang menjadikan sebuah pondok di Kampung Simpol Berlubang, Machang dekat sini sebagai transit untuk menyimpan sebanyak 765 kilogram daun ketum gagal selepas polis berjaya menghidu kegiatan mereka pada Ahad lalu.

Kelima-lima lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 21 hingga 31 tahun itu dan dicekup kira-kira pukul 8 malam semasa mereka berada di dalam pondok berkenaan bersama daun-daun ketum yang bernilai kira-kira RM10,000.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan mendapati, sebanyak 3,066 gulungan plastik berisi daun-daun ketum berada di dalam pondok itu dan ia dipercayai disimpan di situ sebelum dihantar ke Selising, Pasir Puteh.

Menurutnya, daun-daun ketum itu disyaki akan dihantar kepada sepupu salah seorang suspek dengan upah sebanyak RM1,000 mengikut jumlah perjalanan yang telah ditetapkan.

“Berdasarkan siasatan, bekalan daun-daun ketum itu dibawa dari Sik, Kedah dan ia dihantar ke ke Kampung Gemang, Jeli sebelum ditempatkan di pondok tersebut buat sementara waktu.

“Ujian saringan air kencing mendapati empat suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Sambutan Ambang Merdeka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini malam tadi.

Muhamad Zaki memberitahu, tiga daripada suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen  30(3) Akta Racun 1952. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya