Lelaki ditangkap selepas sejam samun stesen minyak - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap selepas sejam samun stesen minyak

SEORANG lelaki berjaya ditahan anggota polis hanya sejam selepas dia menyamun sebuah stesen minyak di Simpang Durian, Jelebu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Polis bertindak pantas dengan menahan seorang lelaki selepas sejam dia melakukan samun bersenjatakan parang di sebuah stesen minyak di Simpang Durian dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, hasil siasatan, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.50 petang dan suspek berusia 39 tahun mengacukan parang kepada mangsa (juruwang) stesen minyak terbabit dan meminta menyerahkan wang dari kaunter.

“Oleh kerana takut, mangsa iaitu seorang lelaki menyerahkan wang tunai hasil jualan lebih kurang RM200.  Setelah mengambil wang, suspek terus melarikan diri dengan memandu sebuah kenderaan dan mangsa kemudian menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut.

“Kira-kira satu jam iaitu pada pukul 5.50 petang pihak polis berjaya menangkap suspek di Persimpangan Air Baning, Simpang Durian di sini” katanya dalam kenyataan.

Menurut Maslan, hasil semakan mendapati suspek juga mempunyai tiga rekod lampau bagi kes jenayah dan narkotik. 

“Pihak polis juga turut merampas senjata parang dan sabit yang disyaki digunakan semasa kejadian berkenaan serta wang tunai hasil samun itu juga dijumpai semula,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan (Samun dengan Senjata) dan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958. 

Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 21 Ogos ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.