Lelaki berusia 30-an itu yang memandu kereta jenis Proton Saga

Lelaki ditahan bersama 595kg minyak masak peket bersubsidi 

PENGUATKUASA KPDNHEP sedang memeriksa minyak masak paket bersubsidi yang dirampas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedai Mulong, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.UTUSAN/IHSAN KPDNHEP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan bersama 595 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai RM1,487.50 selepas gagal mengemukakan dokumen atau maklumat berkaitan pemilikan barang kawalan itu.

Dia ditahan oleh anggota penguat kuasa di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedai Mulong di sini pagi tadi.

Lelaki berusia 30-an itu yang memandu kereta jenis Proton Saga Iswara Aeroback ditahan sepasukan penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melakukan Op Bersepadu pada pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Aswadi Jaafar berkata, semasa melakukan rondaan sepasukan anggota bertugas telah mengesan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Nilam Puri menghala ke Kedai Mulong.

Menurutnya, anggota pasukan penguat kuasa kemudian bertindak mengekori kereta berkenaan sebelum menahannya di hadapan SMK Kedai Mulong untuk tujuan pemeriksaan.

 “Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbabit menemukan 595 kg minyak masak bersubsidi di dalam kotak berwarna coklat di tempat duduk penumpang belakang dan di dalam bonet . Pemandu kereta tersebut gagal menggemukan dokumen sah berkait dengan barangan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan siasatan lanjut atas kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Aswadi memberitahu, KPDNHEP Kelantan memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga yang dengan niat melakukan aktiviti tidak bermoral ini supaya menghentikannya segera. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN