Lagi serpihan roket China Oktober?

Lagi serpihan roket China Oktober?

Objek dipercayai serpihan roket Long March 5B ditemukan terbenam di kawasan Pekan Lama Sepupok, Niah, Sarawak 31 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: China dijadual melancarkan roket keempat Long March pada Oktober ini, sekali gus mengundang kebimbangan mengulangi kejadian ser­­pihannya jatuh ke bumi termasuk dikesan di Miri, Sarawak.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azli­kamil Napiah berkata, serpihan tiga roket China sebelum ini pernah ditemukan di barat Afrika pada 2020, sekitar kepulauan Maldives tahun lalu serta terbaharu jatuh di Laut Sulu.

Katanya, serpihan yang jatuh di Sarawak 31 Julai lalu sudah diramal dan dikesan China lebih awal, namun tiada maklumat diterima daripada mereka (China).

“Teknologi roket China berbeza dengan teknologi Eropah dan Russia kerana China hanya mempunyai satu peringkat pelepasan, berbeza dengan yang lain mempunyai sehingga empat peringkat pelepasan.

“China yang menggunakan satu peringkat pelepasan dilihat satu kelemahan, namun tetap digunakan disebabkan kos yang murah, bukan kerana China tidak mampu,” katanya semalam.

Pada 31 Julai lalu, penduduk di negara ini gempar apabila serpihan roket Long March 5B dilihat melintasi ruang udara Sarawak sebelum terjatuh di perairan Laut Sulu berdekatan Filipina.

Ia dipercayai sebahagian modul yang dilancarkan ke stesen angkasa lepas China, Tiangong dari tapak pelancaran Wenchang pada 30 Julai lepas.

Sisa serpihan yang terbakar berkenaan direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1° Utara dan longitud 119.0° Timur.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta kenyataan Agensi Angkasa China mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara bumi dikesan pada pukul 12.55 tengah malam waktu Malaysia.

Katanya, serpihan roket berkenaan terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak.

Sementara itu, Azlikamil berkata, kelazimannya, sisa roket akan meletup dan berkecai sepenuhnya sebelum sampai ke permukaan bumi, namun roket China berbeza kerana saiz serpihannya agak besar.

“Sudah wujud pertikaian di peringkat antarabangsa bahawa China melaksanakan aktiviti angkasa yang kurang selamat, sejak pelepasan roket pertama lagi,” ujarnya.

Azlikamil berkata, kejatuhan serpihan di Sarawak pada 31 Julai lalu sudah diramalkan dan dijejaki oleh China lebih awal namun tiada maklumat diterima daripada mereka (China).

“China mempunyai sistem pengesanan dan mampu menjejaki lokasi yang akan jatuh tetapi tiada maklumat diberikan sebelum kejatuhan tersebut.

“Semasa pelancaran pada 24 Julai lalu, MYSA bersama agensi-agensi seluruh dunia mula menjejak roket tersebut dan pada pukul 12:55 tengah malam, 31 Julai serpihan roket sudah dapat dilihat pada ruang udara Sarawak.

“Amaran sudah dikeluarkan pada 29 Julai bahawa kebarangkalian terdapat serpihan yang akan melalui ruang udara kita di antara 30 Julai ke 1 Ogos, masyarakat diminta untuk berhati-hati,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN