PUTRAJAYA: Mencari arah kiblat yang betul adalah amat penting kerana ia adalah antara syarat sah kepada ibadat solat. Namun, akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat yang menjadikan arah piring Astro sebagai arah kiblat untuk menunaikan solat. Merungkai perkara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkata, penggunaan piring astro dalam menetapkan arah kiblat didapati kurang tepat memandangkan kaedah ini tidak mempunyai sandaran yang kukuh. Menurutnya, jika diteliti, kedudukan piring Astro di setiap…










