Kerajaan Pahang sumbang RM2.5 juta untuk pendidikan, kebajikan murid SJKT - Utusan Malaysia

Kerajaan Pahang sumbang RM2.5 juta untuk pendidikan, kebajikan murid SJKT

SYED IBRAHIM SYED AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta kepada 17 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) termasuk Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) menerusi pelbagai bantuan dan inisiatif sejak 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri turut memberikan keutamaan kepada pembangunan pendidikan murid di SJKT dengan mengagihkan peruntukan berasaskan keperluan sekolah terbabit termasuk bantuan kebajikan yang dipohon oleh pengurusan PIBG.

“Dari jumlah RM2.5 juta itu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan pendidikan termasuk membiayai kemudahan tertentu antara 2019 hingga 2020 bernilai RM715,000 dan disusuli tahun berikutnya 2021 sebanyak RM101,725 dan tahun ini jumlahnya semakin bertambah, iaitu RM1,070,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut Syed Ibrahim, kerajaan negeri juga menerusi Yayasan Pahang memperuntukkan sejumlah RM607,200 untuk Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) bagi murid SJKT sejak 2020 sehingga tahun ini.

“Bantuan serta inisiatif kerajaan negeri ini sejajar hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjana kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembangunan modal insan tanpa mengira kaum dan agama khususnya kemampuan murid SJKT di Pahang dapat bersaing dengan pelajar lain,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau selanjutnya menambah, kerajaan negeri juga mengambil perhatian terhadap permohonan pihak pengurusan PIBG SJKT di negeri ini dengan peruntukan bernilai RM49,000 tahun ini daripada perbelanjaan keseluruhan RM2.5 juta sejak 2020. 

“Permohonan daripada 17 PIBG SJKT ini mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan meluluskan segera bagi kemudahan serta keselesaan jawatan kuasa PIBG melaksanakan pelbagai program pendidikan dan kebajikan murid tersebut di sekolah masing-masing,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya