"Projek ini tertakluk kepada kebenaran merancang di mana pada

Kerajaan negeri dapat kebenaran merancang bagi melombong lantanid

SAARANI Mohamad (tengah) memeriksa perbarisan anggota bomba pada Majlis Jalinan Mesra Bersama JBPM Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak mendapat kebenaran merancang daripada Majlis Daerah Gerik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, projek melombong nadir bumi tersebut masih belum boleh dimulakan kerana perlu mematuhi beberapa lagi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Katanya, ini termasuk mendapatkan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Penilaian Impak Sosial (SIA).

“Projek ini tertakluk kepada kebenaran merancang di mana pada waktu sama kita juga perlu mendapatkan dua sijil termasuk EMP. Ini yang kita belum dapat lagi.

“Selagi sijil ini tidak diperoleh, maka, kita tidak akan beri kebenaran kepada syarikat berkenaan untuk memulakan operasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Perak bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JBPM negeri, Azmi Osman.

Menurut Saarani, kerajaan negeri perlu memastikan kerja-kerja melombong lantanid itu mematuhi segala SOP yang ditetapkan seperti mana yang dimaklumkan kepada orang ramai.

“Walaupun kebenaran merancang telah pun dikeluarkan, namun, kebenaran itu bersyarat iaitu perlu mendapatkan sijil EMP, itu yang kita kena tunggu.

“Kita mesti memenuhi janji kepada orang ramai supaya tiada yang akan merasa kita mengabaikan SOP. Oleh kerana SOP begitu ketat dan kita wajib memenuhi keseluruhannya, barulah boleh kita laksanakan operasi tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya jangka masa EMP boleh diperoleh, beliau memberitahu, ia bergantung kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kita kena faham kekangan kakitangan JAS yang mana mereka perlu membuat penyiasatan dan keperluan-keperluan lain. 

“Ada banyak permohonan bagi mendapatkan sijil berkenaan daripada operasi berkaitan kuari, bauksit dan perlombongan. Jadi, kita ikut giliran barulah kita akan dapat,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya