Jawatan Pengarah Cawangan Khas dipangku Baharuddin - Utusan Malaysia

Jawatan Pengarah Cawangan Khas dipangku Baharuddin

BAHARUDDIN (kanan) dilantik bagi memangku jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Zamri (kiri) yang bersara wajib.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dipangku, Datuk Baharuddin Ahmad bagi menggantikan Datuk Seri Zamri Yahya yang bersara wajib hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan cemerlang dan menyanjung tinggi kesetiaan serta khidmat bakti Zamri sepanjang 36 tahun perkhidmatan.

“Syabas dan tahniah kepada Baharuddin di atas pelantikan sebagai pemangku Pengarah Cawangan Khas. 

“Saya yakin dengan berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang penugasan cawangan khas, beliau (Baharuddin) mampu memikul amanah yang diberikan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis pelantikan yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur itu disaksikan  Acryl Sani.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyerahan jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Cawangan Khas antara Datin Seri Dr. Sazilah Tun Ahmad Sarji kepada Datin Hasimah Yon Abdul Latif.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN