Ibu minta bantuan kesan anak gadis 16 tahun lari ikut mat rempit

Ibu minta bantuan kesan anak gadis 16 tahun lari ikut mat rempit

NORSHAHZRIN SHAHZWANI MOHD. HAFIZ yang dilaporkan melarikan diri dari rumah sejak 11 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Orang ramai khususnya penduduk di Batu Pahat diminta membantu mencari seorang remaja perempuan yang dipercayai melarikan diri dari rumahnya bersama seorang lelaki dengan menunggang motosikal.

Siti Azizah Mohd. Mazlan, 40, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu iaitu Norshahzrin Shahzwani Mohd. Hafiz,16, disedari hilang ketika mahu mengejutkannya untuk pergi ke sekolah pada pukul 5 pagi, 11 Ogos lalu.

Keluarga percaya anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongkang Pecah itu keluar dari rumah antara pukul 1 hingga 5 pagi kerana dia dan suaminya masuk tidur kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

“Pemeriksaan di dalam bilik mendapati along hanya membawa sepasang pakaian dan wang tunai kira-kira RM100.

“Ketika keluar rumah, dia dipercayai menggunakan seluar  warna hitam serta baju T pasukan bola sepak berwarna merah,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Azizah yang tinggal di Kampung Parit Amat, Bukit Pasir berkata, sebelum kejadian itu, tiada perselisihan faham antara anaknya itu sama ada dengan ayah atau ahli keluarga lain.

“Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini dia sering mengurung diri di dalam bilik setiap kali selepas balik dari sekolah.

“Usaha mencarinya sudah dilakukan di sekitar kampung serta bandar Batu Pahat selain bertanya dengan kawan-kawan sekelas, namun, masih belum dapat menemukannya,” katanya.

Azizah berkata, laporan polis turut dibuat pada hari kejadian dan diharap dapat menjumpainya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang anaknya itu boleh menghubungi suaminya, Mohd. Hafiz menerusi talian 018-7655419 atau melaporkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya