KUALA TERENGGANU: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuka satu era baharu dalam sejarah Malaysia kerana membuktikan tiada mana-mana individu boleh dikecualikan daripada tindakan undang undang
Menurutnya, satu azam politik mesti hadir untuk meneruskan usaha mulia ini dengan hasrat membina semula Malaysia daripada keruntuhan integriti serta amanah yang telah memusnahkan imej negara begitu lama.
“Hukuman terhadap Najib bukan sepatutnya dijadikan contoh semata-mata, tetapi ianya mesti dijadikan permulaan era baharu dengan usaha berterusan memulihkan semula negara menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat.
“Jika tidak, keputusan bersejarah memenjarakan seorang bekas Perdana Menteri negara ini akan menjadi sia-sia sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambahnya, pada tahun 2018, rakyat pernah menjatuhkan kerajaan korup yang memerintah selama 60 tahun dan kini pula seorang bekas ketua kerajaan telah dihukum oleh Ketua Hakim dan sistem kehakiman negara.
“Tiada siapa yang kebal di mata Tuhan dan di sisi undang-undang dunia ini.
“Tiada apa yang mustahil jika kita benar benar cintakan negara kita dan berusaha ke arah membersihkan negara Malaysia kita supaya di kembalikan integriti dan jadikan Malaysia sebuah negara dan rakyat yang bermaruah,” katanya. –UTUSAN ONLINE