SERDANG: Kaedah penanaman hidroponik moden menjadi jalan penyelesaian buat warga kota yang gemar bercucuk tanam namun mempunyai keluasan tanah terhad. Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Hortikultur Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Mohamed Hafifi Basir berkata, penggunaan tiang hidroponik juga merupakan kaedah paling sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk bekerja. “Kaedah yang kita bangunkan ini adalah sistem hidroponik biasa tetapi telah ditambah baik dengan ditanam secara menegak menggunakan tiang serta mempunyai…









