Henti moratorium program perubatan

Henti moratorium program perubatan

MMI menyeru Kementerian Kesihatan untuk menjalankan semakan menyeluruh dan komprehensif ke atas keperluan sedia ada dari segi sumber manusia untuk sektor kesihatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memansuhkan moratorium atau pembekuan ke atas program perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga jumlah pegawai perubatan siswazah (PPS) mencapai jumlah yang diperlukan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, trend pengambilan PPS atau doktor pelatih yang menurun dalam tempoh tiga tahun ini membimbangkan.

“Penurunan ini boleh jadi di­sebabkan tawaran perjawatan te­­­­­­­tap dikurangkan dan jumlah pelajar perubatan yang berkurangan.

UNJURAN

“Moratorium program perubatan sebelum ini dibuat dalam tempoh lima tahun sehingga 2016 dan selepas itu dilanjutkan. Namun, kita bukannya mahukan pemansuhan secara menyeluruh diambil, tetapi kena ikut unjuran yang diperlukan dan berapa lagi tambahan yang kita perlukan.

“Kuota pelajar di program perubatan dan penawaran kursus baharu bidang perubatan perlu dikawal dan kena pantau betul-betul,” katanya ketika dihubu­ngi, semalam.

Hartal Doktor Kontrak dalam satu hantaran di media sosial sebelum ini memaklumkan, jumlah PPS atau doktor pelatih menunjukkan penurunan sejak 2019 iaitu iaitu 6,136 (2019) kepada 5,113 (2020) dan diikuti 4,007 (2021).

Malah sehingga April lalu, pengambilan dua kali iaitu pada 399 (Februari) dan 516 (Mei) masih tidak mencukupi.

Kekurangan itu menyebabkan Kementerian Kesihatan membuat cadangan menukarkan sistem waktu bekerja PPS kepada sistem atas panggilan (On call).

Mengulas lanjut, Dr. Yassin berkata, Kementerian Kesihatan juga boleh menetapkan satu angka secara kasar setiap tahun supaya dapat mencapai sasaran doktor pelatih.

Bagaimanapun, katanya, kementerian bertanggungjawab tidak boleh terlalu bergantung kepada angka tersebut kerana dalam masa sama perlu mengambil kira keperluan dan kecukupan doktor pelatih.

Beliau menambah, penukaran semula sistem waktu be­kerja PPS kepada sistem panggilan juga dilihat bukan satu langkah yang terbaik ketika ini.

Katanya, ini kerana Kementerian Kesihatan sepatutnya menambah bilangan doktor pelatih atau memastikan mereka tidak keluar dari perkhidmatan kerajaan.

“Sebelum tahun 2018 memang guna sistem on call, selepas itu berubah kepada sistem syif kerana sistem on call yang terlalu panjang dan tidak berapa bagus untuk mental doktor.

“Sistem syif lebih baik untuk doktor sebab cuma perlukan kira-kira 60 jam (waktu bekerja) dalam seminggu, jadi doktor lebih suka sebab kerja tak berapa panjang dan masa lebih lapang untuk kami belajar,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya