Hanya PM tahu tarikh PRU15 - Shahidan - Utusan Malaysia

Hanya PM tahu tarikh PRU15 – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan hanya

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  mengetahui tempoh sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kata Shahidan, Perdana Menteri lebih mengetahui mengenai perkara itu memandangkan Ismail Sabri telah mendapat laporan daripada pelbagai pihak termasuk melibatkan sayap Wanita UMNO.

Katanya, sebelum tarikh PRU15, kepimpinan parti perlu merujuk ke peringkat bahagian terlebih dahulu bagi memastikan kesiapsiagaan jentera parti.

“Mungkin secara umum (nampak) dah sedia tapi ada sesetengah (bahagian) masih belum. Dan kalau dah sedia kita akan laksanakan PRU15 mengikut ketetapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Watikah Pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PeDi) di salah sebuah hotel di Kuala Perlis di sini hari ini.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir  Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO bersama presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat UMNO hari ini. 

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang turut mengikuti penjumpaan berkenaan memaklumkan seramai 158  ketua bahagian telah sebulat suara bersetuju agar PRU15 disegerakan diadakan.

Dalam pada itu, Shahidan ketika ditanya sebab mengapa tidak mengikuti pertemuan tergempar itu memaklumkan bahawa beliau tiada kesempatan untuk turut sama kerana perlu menghadiri mesyuarat lain.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN